Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Dua Premis Menjual Durian Dikompaun Kerana Tipu Alat Timbangan Dalam Ops Duri

Kota Bharu: Dua premis menjual buah durian di Tanah Merah dan Kuala Krai dikenakan kompaun RM1,000 bagi tiap peniaga, kerana gagal meletakkan tanda harga dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan untuk perdagangan dalam Ops Duri semalam.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata pihaknya menggunakan batu pemberat bagi menentukan berat yang tepat semasa pemeriksaan.

Beliau berkata tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana peniaga didapati menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

”Sebelas premis menjual durian di Tanah Merah dan Kuala Krai telah diperiksa dalam operasi hari ini. Kita mengingatkan kepada peniaga-peniaga durian supaya sentiasa menggunakan alat timbang yang sah, membuat penandaan harga yang sempurna dan tidak mengelirukan pengguna supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.