Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Kerap Terdengar Bunyi Seakan ‘Cakaran’, Lelaki Terkejut Dapati Lipas ‘Bersembunyi’ Dalam Telinga

Seorang lelaki yang kesakitan di bahagian dalam telinga terkejut apabila mengetahui bahawa lipas telah ‘bersarang’  di dalam telinganya, lapor Daily Star.

Lelaki itu telah mengadu bahawa mendengar satu bunyi pelik semasa sedang tidur, sebelum mendapati serangga itu tersembunyi di dalamnya.

Menurut Daily Star, bunyi yang didengari lelaki itu adalah seakan-akan bunyi cakaran.

Ia telah dikeluarkan dari saluran telinganya setelah dia pergi ke hospital, mengadu sakit dan gatal.

Hospital Xiangzhou People di Zhuhai berkata kes sebegitu bukanlah yang terpencil dan mereka telah merawat tiga pesakit dalam tempoh tidak kurang tujuh jam.

Pakar telinga, hidung dan tekak, Yi Changlong mengatakan lelaki itu tiba pada pagi 24 Jun dengan mengatakan bahawa dia merasa gatal dan sakit di telinganya disertai dengan bunyi seakan ‘cakaran’ yang berterusan.

Serangga itu telah pun ‘dihapuskan’ dengan titisan telinga anaesthetic  dan dikeluarkan dengan sepasang tweezers.

Pakar kesihatan juga menasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang serangga dengan mengunakan cotton buds atau sebarang alat yang boleh menggerakan atau membunuh serangga tersebut di dalam telinga.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa