Siakap Keli

Pencuci Mulut Yang Unik, Lelaki Kongsi Cara Buat Sawit Sira Manis Yang Sedap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kalau sebut pencuci mulut atau dessert, yang terbayang dalam kepala kita adalah cendol, kuih karipap, kek pisang, minuman cocktail, popia basah dan sebagainya.

Tapi rasanya ada satu menu pencuci mulut yang penulis rasa, jarang-jarang kita dengar, iaitu sawit sira manis.

Tahu tak tuan-puan sekalian, rupa-rupanya buah sawit itu selain daripada diproses menjadi minyak masak, ia juga boleh ditransformasikan menjadi santapan ringan.

Resepi menu sawit sira manis ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang ahli group Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI), saudara Mohd Farid Sakuri.

Jom baca perkongsian resipi di bawah ini.

Gambar: Mohd Farid Sakuri

Sawit sira manis

Selamat petang otai SMAHI..Ini bukan kurma ye tuan-tuan,ini biji sawit..

Lepas balik menyawit tadi, jadi geram pulak tengok biji-biji sawit yang ranum kemerah-merahan ni..

Apa lagi, terus masak kudapan minum petang zaman perang Jepun dulu..SAWIT SIRA MANIS..dia punya rasa perrrrghhh..LEMAK MANIS!

Bahan-bahannya tuan-tuan,

-10 biji sawit masak (jangan kau orang ambik setandan pulak!)
-1/2 liter air
-5 sudu gula

*Rebuskan sawit yang dah kau orang ambik tadi selama 1/2 jam..

Bila dah empuk, toskan air lepas tu bolehlah taburkan gula tadi..

Kau orang jangan buat lauk pulak juadah ni bro..tak kena nanti.. makan gitu je sudah..

p/s-doakan saya yang baru kehilangan pekerjaan ye geng 🙂

Sumber: Mohd Farid Sakuri via Suami Masak Apa Hari Ini?

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.