Siakap Keli

(Video) Gelagat Memerang Seakan Tak Bagi Manusia Bazirkan Air Cuit Hati Netizen

Gelagat seekor memerang yang mencuit hati ramai menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter Back To Nature, memerang tersebut yang kelihatan bijak cuba menghalang semburan air paip daripada seorang individu.

Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang comel, memerang itu cuba menutup semburan air itu dengan bersungguh-sungguh sambil melompat dan berdiri.

Hei, jangan bazirkan air!

Video berdurasi 22 saat yang meraih meraih ratusan ribu tontonan oleh warganet itu dibanjiri dengan pelbagai komen oleh mereka yang terhibur.

Comel sungguh

Sumber: Twitter @backt0nature

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.