Siakap Keli

(Video) Rakaman Burung ‘Usung’ Ikan Bersaiz Besar Di Ruangan Udara Pantai Timbulkan Tanda Tanya

Para pengunjung di Pantai Myrtle, South Carolina, terpegun dengan kelibat seekor burung besar yang berterbangan di pantai tersebut sambil membawa seekor ikan yang juga bersaiz besar, lapor Daily Mail.

Rakaman yang diambil oleh individu bernama Ashley White daripada apartment tingkat 17 tempatnya bercuti itu menunjukkan ikan tersebut masih lagi hidup dan cuba untuk melepaskan dirinya.

Video itu telah dikongsi oleh Tracking Sharks di Twitter, di mana ianya telah mencetuskan perdebatan mengenai burung jenis apakah itu dan adakah benar bahawa ikan itu adalah ikan jerung ataupun tidak.

Ramai warganet berpendapat bahawa burung yang besar itu adalah burung helang sementara yang lain bergurau dengan menyatakan ianya adalah pterodactyl (burung dinosaur).

Seorang pengguna media sosial menyatakan: “Ternyata ianya seekor helang – ianya memerlukan banyak kekuatan untuk membawa keluar ikan yang besar itu daripada air – burung yang menakjubkan.”

Terdapat banyak juga perdebatan berkenaan ikan apa yang dibawa burung tersebut dan adakah ianya ikan jerung atau tidak.

Sebilangan warganet menyatakan bahawa ikan tersebut adalah sejenis ikan jerung yang dikenali sebagai dogfish, seekor ikan jerung yang berspesis kecil. Ada juga yang mendakwa bahawa ianya adalah ikan bandang (Ladyfish), tuna serta bluefish.

Ada juga yang berpendapat ikan itu sebenarnya adalah ikan tenggiri kerana bentuk ekornya dan bukannya ikan jerung.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa