Siakap Keli
al-jazeera malaysia
Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia/Al-Jazeera

Jabatan Imigresen Cari Warga Asing Muncul Dalam Dokumentari Al-Jazeera, Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Putrajaya, 7 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mencari lelaki warganegara Bangladesh yang muncul dalam dokumentari Al-Jazeera baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media jabatan berkenaan, mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, berumur 25 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.”

Terdahulu, dalam video dokumentari Al-Jazeera bertajuk ‘Lock Up in Malaysia’s Lockdown’, pemuda berkenaan antara lain mendakwa kerajaan melayan migran seperti haiwan.

“Kita layan mereka seperti haiwan. Ini bukan cara melayan pekerja migran. Ini bukan cara melayan manusia,” dakwanya dalam dokumentari tersebut pada minit 0.38.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairil Dzaimee Daud berkata, pas warga asing boleh dibatalkan dan diminta keluar dari negara ini serta-merta jika didapati mengeluarkan kenyataan memburukkan Malaysia.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, Bernama

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.