Siakap Keli

Kurangkan Kalori & Bersenam Setiap Hari, Gadis Turun Berat Badan 8 kg Dalam Sebulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai yang mengimpikan tubuh badan yang ideal dan menarik lebih-lebih lagi bagi golongan wanita. Namun, untuk memulakan proses menurunkan berat badan merupakan perkara yang sangat sukar untuk semua orang. Bahkan semasa dalam proses penurunan berat badan juga ada yang mengalah kalah dan kembali kepada kehidupan sebelum ini.

Perkara ini terjadi kerana kekurangan motivasi dan mungkin diet yang digunakan tidak memberi impak yang positif seperti yang diinginkan. Walau bagaimanpun, pada zaman ini hal ini bukanlah jadi satu masalah kerana banyak tips-tips dan juga saranan yang di beri oleh orang ramai dan juga pakar dietitian ada dihujung jari. Ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk ‘try and error’ diet mana yang sesuai dengan tubuh sendiri.

Kejayaan seroang gadis yang berjaya menurunkan berat sebanyak 8 kg dalam masa sebulan boleh dijadikan inspirasi untuk semua orang yang menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan. Ikuti perkongsian @bellaTutulip yang berkongsikan perjalanan dan tips yang dilakukannya sepanjang sebulan menurunkan berat badan.

Gadis ini berjaya menurunkan berat badan dengan melakukan diet ‘Calorie deficit’ dimana jenis diet ini memerlukan individu untuk kurangkan pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan seseorang dan tubuh akan membakar lemak untuk menghasilkan tenaga.

Korang boleh periksa kalori yang diperlukan menerusi laman web ini https://www.omnicalculator.com/health/bmr

Selain diet, gadis ini juga melakukan senaman ‘cardio’ setiap hari selama 30 minit dan juga jogging sebanyak 3 hingga 4 km sehari.

Pastikan setiap hari mancapai 5, 000 sehingga 10, 000 langkah.

Selamat mencuba!!

Sumber: @bellaTutulip

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.