Siakap Keli
durian jatuh
Gambar: Penang Kini

(Video) Lelaki Dilapor Cedera, Van Terbabas Dipercayai Ditimpa Durian

Seorang lelaki di Balik Pulau dilaporkan cedera setelah van dipandunya terbabas gara-gara sebiji durian.

Dalam kejadian itu, van mangsa dilaporkan hilang kawalan ketika melalui jalan berpokok apabila secara tiba-tiba, sebiji durian jatuh menimpa kenderaannya, menurut perkongsian facebook Penang Kini.

Akibatnya, van mangsa dikatakan terbabas, menyebabkan kecederaan dan luka pada wajah.

Kredit: Penang Kini
Kredit: Penang Kini
Kredit: Penang Kini
Kredit: Penang Kini

Susulan itu, orang ramai mengingatkan pemilik kebun durian yang terletak berhampiran jalan raya agar memasang jaring untuk menahan buah yang gugur. Hal ini bagi mengelakkan buah durian terjatuh ke atas jalan dan mencederakan pengguna.

Malah, ada juga yang mengakui pernah melalui situasi serupa apabila nyaris ditimpa durian.

Nyaris terkena

Sumber: Penang Kini

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.