Siakap Keli
Gambar: Izzuddin Jas

“30 Juzuk Dalam Kepala”, Disindir Netizen Pakai Baju Gaya Vintaj, Sahabat Lama Dedah Rupanya Salah Seorang Mereka Adalah Hafiz Quran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kadangkala kita tak mampu hadam apa yang berada dalam kepala sesetengah orang yang sering mencari kesalahan dan menilai orang lain.

Malah, ada yang tak segan silu mengutuk orang lain hanya kerana mereka berbeza.

Sebelum ini, tular gambar dua orang lelaki yang berposingĀ ala-ala vintaj di lokasi dipercayai di Kota Bharu.

Pun begitu, gambar kedua-dua mereka dikecam dan disindir warga maya di media sosial. Lantaran itu, sahabat lama bagi salah seorang daripada mereka tampil menceritakan peribadi sebenar lelaki itu.

Kecam manusia

Baru-baru ni tular kat Facebook dan group-group FB Kelantan tentang gambar-gambar gaya vintaj ni.

Aku baca komen-komen netizen, ramai yang perli, kecam dan ejek dengan bro-bro nih.

Salah seorang yang dalam gambar ni ada sahabat lama aku masa mengaji kat Kelantan dulu. Aku bukan nak backup tapi rasa terpanggil nak tulis sebab sahabat aku ni istimewa bagi aku.

Mungkin bagi mereka ada yang kelakar sebab diorang berpakaian gaya vintaj macam ni. Mungkin minat diorang.

Tapi korang tahu tak, salah seorang dalam gambar tu al-Hafiz. 30 juzuk dalam kepala. Dulu hari-hari aku dengar dia mengaji sebelum Subuh memang syahdu. Bacaan dia mantap kita nak baca Al-Quran pun susah.

Sekarang dengar-dengar dia dah mula mengajar ramai anak-anak muda mengaji. Tu je nak cerita, banyak kebaikan dia cukup yang tahu je tahu.

Mungkin masing masing ada minat masing masing tapi lu mmg ustaz rock. Terus kan hobi lu bro.

Sumber: Izzuddin Jas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.