Siakap Keli
Gambar: Natasha Hussin

Habis Rosak, Kiosk Buku Kuala Lumpur Pecah Didakwa Dibaling Batu Pelaku Vandalisme

Ganas! Itu frasa paling tepat diajukan buat pelaku vandalisme yang merosakkan salah satu fasiliti awam di ibu kota Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang individu, Natasha Hussin melalui Facebook pagi ini.

“Selamat pagi Kuala Lumpur. Pagi (ini) dapat berita, ada orang baling batu dekat kiosk buku Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC) Bukit Bintang.

“Letak la benda cantik, canggih, comel apa pun selagi sikap tak berubah.. Tak apa kita baiki semula. Terima kasih Mural Artists,” katanya dalam satu hantaran.

Gambar: Natasha Hussin
Gambar: Natasha Hussin
Gambar: Natasha Hussin

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut sepatutnya tidak boleh terjadi kerana ia akan menghalang minat membaca bagi orang lain.

“Sayangi harta milik awam sebagaimana anda sayangi diri anda.

“Tapi jika anda masih tidak ada rasa untuk menyayangi diri anda, anda tidak perlu ada di sini,” jelas dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, KL BACA juga turut menyedari kejadian tersebut.

Semoga si pelaku mendapat pengajaran yang setimpal atas perbuatan khianatnya ini.

Sumber: Natasha Hussin, DBKL, KL BACA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.