Siakap Keli

(Video) Rakaman Kucing ‘Interframe’ Ketika ‘Live’ Undang Tawa Ramai

Ramai orang yang geram bila melihat perilaku kucing. Sikap haiwan ini yang sukar diramal dan terkadang bersahaja mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang mengemari kucing.

Dalam satu video yang dimuat naik di youtube, rakaman menerusi aplikasi TikTok itu mengundang tawa ramai.

Mana tidaknya, dapat dilihat melalui rakaman tersebut, kucing berwarna putih itu dengan selamba melintasi seorang pembaca berita wanita ketika sedang bersiaran lansung.

Reaksi kucing berkenaan yang seolah-olah tidak bersalah kerana ‘mengganggu lintas lansung’ mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang melihat video berkenaan.

Ada-ada sahaja perangai kucing yang tidak dapat diduga. Melihat telatah haiwan ini pasti membuatkan anda tidak kering gusi.

Sumber: Youtube

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa