Terbaru dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Twitter Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan akan melaksanakan Operasi Menembak Gagak di kawasan Sg Besi dan sekitarnya pada 14 Julai 2020 (Selasa).
Operasi ini dilaksanakan bagi tujuan untuk memastikan persekitaran bandaraya bersih daripada najis burung gagak ini yang menyebabkan kacauganggu di kawasan-kawasan yang terlibat.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan operasi dilaksanakan.
Tindakan ini adalah bagi mencegah dari kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacauganggu di kawasan-kawasan terlibat