Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Agong Lawat Mural Potret Tiga ‘Panglima’ Negara

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam bagi menyaksikan lukisan mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Baginda.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Baginda.

Keberangkatan Seri Paduka berdua kira-kira pukul 2.30 petang itu disambut pelukis mural berkenaan iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli serta Muhamad Firdaus Nordin.

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Mengimbas kembali, lukisan mural tersebut merupakan hasil tangan seorang anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali yang telah pun memulakan projek tersebut sebelum ini.

Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Baca: Anak Terengganu Tonjol ‘Skill’ Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.