Hanya Jual Makanan, Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands Mula Beroperasi Hari Ini

Pasar Malam Golden Hills yang ditutup akibat Covid-19 sejak Mac lalu, akan beroperasi semula bermula 10 Julai 2020 (Jumaat).

Menerusi kenyataan rasmi oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), pelancong yang hadir untuk membeli belah di kawasan tersebut dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Waktu operasi Pasar Malam Golden Hills adalah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, dari jam 4 petang hingga 11 malam dan hanya melibatkan jenis perniagaan makanan sahaja.

Semua pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa menjaga jarak, memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di kawasan tumpuan tersebut.

Sumber: Majlis Daerah Cameron Highlands

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Azmil

Tambah komen

Dari Wiser.my