Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Harga Runcit Petrol RON97 Dan RON95 Naik 7 Sen, Diesel Naik 3 Sen

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 11 Julai sehingga 17 Julai 2020 April 2020.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.95 seliter kepada RM2.02 seliter. Manakala bagi harga runcit petrol RON95 pula turut naik sebanyak 7 sen liter iaitu daripada RM1.65 seliter kepada RM1.72 seliter.

Selain daripada itu juga, harga runcit bagi minyak diesel pula turut dilaporkan naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.84 seliter kepada RM1.87 seliter.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan tersebut, kenaikan harga minyak ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kementerian Kewangan Malaysia juga turut memaklumkan bahawa akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: Ministry of Finance

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa