Siakap Keli

“Tu Sampah Awak Yang Masak…” Isteri Kecewa, Suami Hanya ‘Lalu-Lalang’, Tak Tolong Buang Sampah Depan Pintu

Dalam kehidupan berumah tangga ini, perkara penting yang menyempurnakan kedua-dua pasangan adalah sikap saling bertoleransi.

Orang moden kata, kena ada ‘give and take’.

Namun, tidak semua pasangan berpeluang merasai nikmat sebegitu, kerana hari ini secara realitinya masih wujud lagi pasangan yang pentingkan diri.

Halaman Facebook Kisah Rumah Tangga hari ini berkongsi satu kisah, berkenaan luahan seorang isteri yang kecewa dengan sikap suaminya.

Mari baca kisah di bawah.

Gambar: Kisah Rumah Tangga

Dah tiga hari sampah tak dibuang. Saya letak depan pintu.

Suami saya pergi kerja dia lalu-lalang je.

Rumah saya tingkat atas, saya pulak ada anak kecil.

Susah saya nak buang kalau turun dengan anak.

Pernah husband cakap, “Tu sampah awak masak-masak,”

Pedih tak tahu nak cakap. Sedangkan dalam tu ada pampers-pampers anak dia jugak..

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'