Siakap Keli

(Video) Kasih Seorang Bapa, Sanggup Dermakan Tulang Sumsum Dua Kali Kepada Anak Hidap Leukaemia

Pengorbanan ibu bapa buat anak-anak sememangnya tiada galang gantinya. Apatah lagi jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghadapi sakit yang kronik.

Sama dengan seorang bapa di China yang sanggup mendermakan sumsum buat anak perempuannya yang menghidap leukaemia sebanyak dua kali bagi melihat anaknya itu kembali pulih.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, gadis yang dikenali sebagai Qiqi itu disahkan menghidap leukaemia pada tahun 2018 iaitu selepasĀ  dia bergraduasi dan selangkah ke alam pekerjaan.

Saya sukar untuk mempercayainya. Leukaemia merupakan penyakit yang hanya saya lihat melalui berita atau TV, saya kurang tahu mengenai penyakit ini. Apa yang saya tahu adalah ia sangat-sangat serius.

Berita mengenai diagnosis saya sangat teruk. Saya selalu tertanya-tanya kenapa ia berlaku terhadap saya. Saya baru sahaja tamat pengajian dan ingin memulakan hidup baharu.

Pun begitu, dia mula sedar dan kini sentiasa positif dalam berjuang merawat penyakitnya itu.

Rawatan dan ubat yang diterimanya juga sememangnya sangat perit untuk dihadapi sehingga menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan seperti membuatkan tubuhnya lemah, kehilangan rambut dan berhalusinasi.

Setahun selepas menjalani pembedahan pemindahan tulang sumsum, kesakitan kembali semula.

Kali kedua bapanya mendermakan tulang sumsum, dia bertegas untuk mendermakan lebih dari yang diperlukan oleh doktor.

Doktor memberitahu kepada saya bahawa mereka memerlukan 600ml tulang sumsum untuk pemindahan tersebut namun saya membuat keputusan itu menderma lebih dari itu jika ianya tidak cukup.

Mereka boleh untuk menghapuskan atau menyimpan tulang sumsum yang selebihnya itu. Walaupun perlu mengorbankan nyawa saya sendiri, saya mahu anak perempuan saya selamat.

Ibu bapa Qiqi terpaksa berhenti kerja demi memastikannya gembira dan boleh makan dengan sihat.

Keluarga itu membelanjakan lebih dari 2 juta yuan bagi rawatan selama dua tahun. Mereka terpaksa menjual tempat tinggal dan meminjam wang dari rakan-rakan serta saudara mara.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa