Siakap Keli

Aktor Lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan & Anak Positif COVID-19

Aktor veteran India, Amitabh Bachchan mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi laman Twitternya pada semalam.

Menurutnya, sejurus mendapat tahu dirinya disahkan positif, beliau turut mengarahkan ahli keluarga serta kakitangannya untuk menjalani saringan dan keputusannya masih belum diketahui.

Beliau turut meminta sesiapa individu yang mempunyai kontak rapat dengannya dalam masa 10 hari kebelakangan ini agar turut sama menjalani saringan tersebut.

Dalam pada itu, anaknya, Abhishek Bachchan juga memaklumkan perkara sama bahawa dirinya disahkan positif virus tersebut, memetik laporan Times of India awal pagi tadi.

“Pada hari ini saya dan ayah saya disahkan positif COVID-19. Kedua-dua kami mengalami simptom ringan dan telah dihantar ke hospital.

“Kami juga dimaklumkan semua pihak berwajib, ahli keluarga dan kakitangan turut disaring. Saya memohon anda semua untuk kekal bertenang dan jangan panik. Terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Kedua-dua beranak itu dihantar dan dirawat di Hospital Nanavati yang berdekatan dengan kediaman mereka di Juhu.

Walaupun Hospital Nanavati kini dikhususkan sebagai lokasi pusat rawatan pesakit COVID-19, Amitabh sering berurusan di hospital tersebut selama bertahun-tahun sebelum itu untuk jalani saringan kesihatan berkala dengan konsultan perubatan ahli keluarganya sendiri di sana.

Berita jangkitan aktor dan anaknya tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Maharashtra, Rajesh Tope selain turut memaklumkan bahawa ahli keluarganya (juga aktor), Aishwarya Rai juga telah disaring dan keputusannya diumumkan esok.

Terbaharu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Hospital Nanavati, Amitabh kini berada dalam keadaan stabil dengan simptom-simptom ringan dan kini ditempatkan di unit isolasi hospital tersebut.

Sumber: Times of India, Twitter, ANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.