Siakap Keli

Cara ‘Lain’ Tulis Nama Kat Buku, Pakcik Kreatif Ini Guna ‘Rubber Stamp’ Je & Patuh SOP

Walaupun negara ini mencatatkan penurunan demi penuruan dalam kes jangkitan harian COVID-19, prosedur operasi standard (SOP) tetap berjalan seperti biasa.

Seperti biasa, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering mengingatkan dalam mana-mana sidang media, pematuhan SOP perlu diamalkan semua pihak agar penularan wabak dapat terus dibasmi.

Antara SOP yang paling kerap ditetapkan dalam kebanyakan urusan adalah mendaftar diri dalam aplikasi MySejahtera atau buku rekod untuk tujuan maklumat dan pemantauan.

Kita sendiri boleh melihat di mana-mana pintu masuk premis, kedai, restoran, pejabat malah masjid sekalipun, pasti ketibaan pengunjung akan ‘disambut’ oleh kod QR, buku rekod pendaftaran dan alat pengimbas suhu.

Namun, cerita yang tular dalam group WhatsApp dan dikongsikan semula oleh Masnita Bt Talib ini amat memeranjatkan kita.

Percaya atau tidak, kisah benar ini berkisarkan seorang ‘pakcik’ yang mungkin kita anggap dia ‘kurang’ & ketinggalan dalam IT (imbas kod QR) untuk daftar.

Tapi rupa-rupanya, pakcik ini lebih ‘advance’ daripada kita yang muda-mudi ini.

Jom baca kisah di bawah:-

Berikutan cerita tersebut bertambah tular lagi hingga mendapat 12,000 perkongsian, 10,000 tanda suka (likes) serta lebih 4,000 komen netizen yang terhibur, maka ramailah yang ‘terpaksa’ mengaku bahawa mereka langsung tidak terfikir untuk buat kaedah ini.

Sumber: Masnita Bt Talib

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'