Siakap Keli

Budak 6 Tahun Jadi Hero, Muka Cedera Teruk & Terima 90 Jahitan Selepas Selamatkan Adik Dari Diserang Anjing

Kasih seorang abang, itulah yang dibuktikan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dikenali sebagai Bridger Walker yang telah menjadi wira menyelamatkan adiknya daripada serangan anjing.

Kejadian berlaku pada 9 Julai lalu dimana Walker membiarkan dirinya menjadi mangsa serangan semasa anjing tersebut menghampiri dia dan adik perempuannya.

Menurut perkongsian makcik kanak-kanak tersebut, anjing itu mengigit pipi kiri Walker sehingga cedera.

Walaupun dalam keadaan yang berlumuran darah, Walker sempat menarik tangan adik perempuannya dan lari menyembunyikan diri dari anjing tersebut.

Bridger berkata “Jika ada yang harus mati, biar saya yang mati,”.

Kisah Bridger ini telah dikongsikan oleh makciknya Nikki Walker di laman Instagram dan telah telah disukai oleh lebih 200,000 dan mendapat lebih dari 11,000 komen dari warganet.

Menurut Nikki, doktor pakar terpaksa membuat pembedahan plastik bagi merawat muka Walker. Malah dia turut menerima 90 jahitan akibat kecederaan tersebut.

Gambar adik beradik tersbeut yang tular di media sosial ini jelas kelihatan kesan jahitan yang panjang iaitu dari hujung mulut Walker sehingga pipi kirinya.

Menurut Nikki, luka dan kesan jahitan sudah mula kelihatan pulih berbanding sebelum ini dan Walker berada dalam keadaan yang sangat baik memandangkan dirinya dianggap sebagai wira oleh orang tempatan.

Melalui perkongsiannya juga, Nikki berasa sangat bersyukur atas semua sokongan yang diberi. Dia juga memberitahu bahawa pemilik anjing tersebut sentiasa bertanyakan khabar Walker dan memberikan bantuan jika perlu,

“Kami sama sekali tidak membenci mereka, malah keluarga kami menjadi sangat erat selepas kejadian ini.”

Walaupun sebahagian besar waganet memuji keberanian Walker yang menyelamatkan adiknya, kebimbangan terhadap kanak-kanak bermain di kawasan yang terdapat anjing liar menjadi topik yang hangat.

Sumber: Newsweek

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.