Siakap Keli

(Video) Rakaman 2 Ekor Tikus ‘Bergaduh’ Sambil Diperhatikan Kucing Tarik Perhatian Ramai

Pernahkah anda menyaksikan tikus bergaduh sesama sendiri dalam hidup anda? Jika belum pernah, anda bakal menyaksikannya.

Tular satu rakaman yang memaparkan dua ekor tikus seakan sedang ‘bergaduh’ sesama sendiri di sebuah bangunan yang tidak dipastikan lokasinya.

Lebih melucukan,  dalam video tersebut terdapat seekor kucing yang secara kebiasaannya akan mengejar tikus terbabit, namun sebaliknya hanya berkelakuan tenang dan menontonnya sahaja.

Video yang berdurasi selama 27 saat itu telah berjaya menarik perhatian rata-rata warganet.

Ada warganet yang terhibur dengan reaksi kucing tersebut yang seakan cuba untuk memproses tentang apa yang berlaku di hadapannya

 

Ada juga yang mengaitkan tikus tersebut dengan tikus dari sebuah filem animasi terkenal iaitu Ratatouille

Pun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut sama ada ianya disunting atau tidak. Walau bagaiamanapun, video tersebut telah membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat dua ekor tikus tersebut dan seekor kucing yang hanya melihat pertempuran tersebut.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa