Siakap Keli

Patung Arnab Gergasi Boleh Dilihat Dari Angkasa Tarik Perhatian, Mata Terbeliak & Perut Terburai Seolah-olah ‘Jatuh’ Dari Tempat Tinggi

Dengan panjang dan ketinggian 200 x 20 kaki, sebuah patung arnab di puncak gunung berketinggian 5,000 kaki menarik perhatian orang ramai yang mendakwa ia boleh dilihat dari angkasa.

Digelar ‘Hase’, arnab merah jambu ini dihasilkan oleh Gelitin, sekumpulan artisan dari Vienna. Penghasilan patung tersebut memakan masa selama kira-kira 5 tahun sebelum ianya ditempatkan di puncak gunung Colletto Fava, Itali pada 2005 sebagai tarikan pelancong.

Postur patung berkenaan turut diletakkan seakan-akan ia terjatuh dari langit dengan mata terbeliak, kaki yang senget serta ‘usus’ terburai.

Biarpun kelihatan ‘ngeri’, ia telah menarik ribuan pengunjung dan dijangka terus ‘menyambut’ kedatangan mereka sebelum terurai sepenuhnya pada 2025.

Menurut laporan, tiada perancangan untuk memelihara patung tersebut.

Berikutan fizikalnya yang semakin mereput, kini ia semakin tidak dapat dilihat dari imej satelit.

Imej Hase dari satelit. (Kredit: Google)
Kredit: Google
Hase dengan postur ‘mengerikan’. (Kredit: Google)
Pendaki boleh tidur di atasnya. (Kredit: Google)
Tertimbus salji. (Kredit: Google)
patung arnab gergasi
Para pendaki boleh memanjat patung tersebut mahupun tidur di atasnya. (Kredit: Google)
Patung yang semakin mereput. (Kredit: Google)
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
pink rabbit italy
Ia semakin hilang dari pandangan. (Kredit: Twitter)

Sumber: Amusing Planet, TIME

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.