Siakap Keli

(Video) Detik Mendebarkan Pegawai Polis Cuba Selamatkan Nyawa Bayi 3 Minggu Kerana Kesukaran Bernafas

Seorang pegawai polis telah dianggap menjadi ‘hero’ selepas dia dengan pantas menyelamatkan bayi berusia 3 minggu yang sukar bernafas.

Jabatan polis Sterling Heighst di Michigan ada berkongsi video rakaman melalui dashcam di laman facebook, menunjukkan pegawai itu cuba menenangkan ibu bayi berkenaan yang berada dalam keadaan yang cemas. Kemudian, pegawai polis  dengan tenang mengambil bayi berkenaan daripada ibunya.

Pegawai polis itu telah memeriksa bayi berkenaan sebelum dia menyedari ada sesuatu yang tersekat pada saluran penafasannya. Dia telah membalikkan bayi berkenaan sebelum melakukan urutan pada bahagian belakang dan tidak lama bayi itu mula menangis.

“Sekiranya tiada tindakan pantas dan tenang untuk menyelamatkan bayi berkenaan, hasil kejadian akan menjadi lebih tragis”, kata jabatan polis. Bayi itu telah diserahkan ke Balai Bomba Sterling Heights untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sumber: Edition

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa