Jika Kes Terus Meningkat, SOP Diambil Mudah & PKP Diperketatkan Semula, Ekonomi Akan Terjejas Teruk – PM

Sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan semula, ianya akan memberi impak yang amat besar kepada ekonomi, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau, penutupan semula sektor-sektor ekonomi akan menyebabkan negara kerugian RM2 bilion sehari sekaligus menyebabkan ramai yang akan kehilangan pekerjaan.

”Sekiranya berlaku peningkatah kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.

”Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi  jutaan pekerja di Malaysia,” kata beliau di dalam satu sidang media Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut berkata, apa yang dapat disimpulkan dalam intipati ucapan Perdana Menteri itu adalah rakyat tidak mengambil mudah kerana ancaman Covid-19 masih wujud di negara kita.

Menurut beliau, langkah-langkah yang lebih ketat akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya jangkitan terus meningkat dan kesan daripadanya akan menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. (20 Julai 2020)

Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. (20 Julai 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, 19 July 2020

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM/Twitter @Khairykj

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Azmil

Tambah komen

Dari Wiser.my