Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Sedang Pertimbang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam – PM

Dalam sidang media yang berkangsung hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk membendung gejala Covid-19 di negara kita.

Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan, tegas di sidang media hari ini.

Nasihatnya, orang ramai perlu saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan ibu bapa tentang pemakaian pelitup muka ketika keluar dari rumah.

Bukan itu sahaja, penjarakan sosial juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan wabak Covid-19 ini.

“Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting, ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita,” katanya lagi.

Diakhir kata beliau, jangan kita lalai dan alpa. Saya mengingatkan sekali lagi bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir, sama-samalah kita melawan wabak ini.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang