Siakap Keli

Bimbang Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Anggota DBKL Gigih Alihkan Batu Besar Di Atas Jalan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi laman Facebook hari ini berkongsikan rakaman beberapa anggota warden trafik DBKL membantu mengalihkan batu besar yang menghalang di tengah-tengah jalan di Jalan Mahameru menghala ke Bangsar lewat petang semalam.

“Serpihan batu besar tersebut disebabkan kemalangan jalan raya dan dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut”, menerusi kenyataan tersebut.

Rakaman tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi positif dan juga pujian daripada warganet.

Sumber: DBKL

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa