Siakap Keli
Gambar: Bernama

Aktiviti Berkunjung Ketika Aidiladha Masih Dibenarkan, Namun Keadaan Boleh Berubah

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan setakat hari ini tidak menetapkan untuk menyekat pengunjung ke rumah ketika perayaan Aidiladha.

Menurutnya, setakat ini kerajaan tidak menetapkan untuk menyekat jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada hari-hari biasa. Justeru, tetapan jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada Hari Raya Aidiladha juga turut terpakai seperti hari-hari biasa.

“Ianya berubah mengikut keadaan situasi semasa. Setakat hari ini belum lagi. Sebelum ini kita tidak menyekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa. Malam nanti mungkin ramai datang ke rumah kita nak berkunjung. Tapi tiba-tiba raya haji kita tetapkan lain pula.

“Jadi, kita konsisten. Kalau hari biasa boleh berkunjung ke rumah, Raya Haji pun kita tidak menetapkan untuk menyekat,” ujarnya.

Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa sekiranya terdapat peningkatan kes, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengubah SOP dan polisi yang telah ditetapkan.

“Situasi mungkin berubah dalam satu hari dua hari kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau ada peningkatan kes secara mendadak kita akan mengubah SOP dan polisi kita,” katanya.

Sumber: Bernama TV 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa