Siakap Keli

Bakal Ibu Jangan Tertipu Dengan Tawaran Bersalin Yang Mengajak Menolak Nasihat Perubatan Yang Sah – Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehadiran ‘orang baru’ di dalam sesebuah keluarga bagaikan penyeri untuk kukuhkan lagi ikatan perkahwinan tersebut. Namun, bila saja mendengar pengalaman seseorang saat melahirkan anak, sudah pasti para wanita sudah terbayang dengan keperitan tersebut.

Tambah-tambah lagi bila proses kelahiran anak pertama. Debaran dan gelisah sudah menjadi sebati sewaktu ingin melahirkan. Disulan pulak dengan ‘ajakan’ kumpulan doula yang giat menawarkan khidmat bersalin secara normal dan boleh bersantai bak duduk atas pelamin.

Merujuk perkara tersebut, Dr Che Puteh Osman bertanggungjawab memberikan nasihat ‘padu’ kepada kaum wanita yang bakal melahirkan anak supaya tidak terpengaruh dengan tawaran ‘doula’.

“Esok kalau berkahwin dan bakal jadi ibu, jangan mudah tertipu dengan tawaran bersalin dengan gembira…”

Anak pertama boleh jadi trauma, tetapi bersalin berikutnya expectation sudah tidak tinggi. Anehnya kita rasa kurang sakit kerana pain thresholds kita seolah makin tinggi. Seeloknya ajak pasangan hadiri kelas antenatal di HOSPITAL untuk persediaan mental dan fizikal.

Bidan yang diiktiraf Akta Bidan 1966 hanya di hospital.

Jangan ikuti kelas di rumah atau atas talian dari individu yang tidak diiktiraf. Bidan yang diiktiraf Akta Bidan 1966 hanya di hospital. Tiada di rumah. Adalah menjadi kesalahan undang-undang mereka yang menggelar diri bidan dan menyambut kelahiran di rumah dengan upah.

Jika ingin mendapatkan perkhidmatan doula, pastikan mereka bukan menyuruh anda mengingkari nasihat doktor. Ramai doula antivaksin dan antiperubatan moden. Tetapi sebenarnya ramai doula yang bagus yang tidak menberi nasihat perubatan. Ini yang sebetulnya.

Dr Che Puteh juga berkesempatan menjawab soalan daripada orang ramai yang mungkin juga tertanya-tanya dan masih keliru mengenai ilmu melahirkan bayi.

 

Sumber: Dr Che Puteh Osman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang