Siakap Keli

Nenek Ini Dari Bangsar Gigih Berniaga Tauhu Bergedil Di LRT Taman Melati Demi Rezeki Halal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang warga emas yang masih berniaga mencari rezeki halal untuk menampung kehidupan harian.

Menerusi perkongsian daripada seorang gadis, Adreana Azreen di laman Twitternya mengenai seorang nenek masih kuat berniaga tauhu begedil berhampiran LRT Taman Melati.

Dengan hanya meletakkan ‘banner’ dan beg roda berisi tauhu begedil, nenek ini gigih mencari rezeki di tepi tangga di LRT Taman Melati. Ada dua harga iaitu satu bekas RM 5 dan satu lagi bekas RM 8. Dalam banner trsebut tertera nombor telefon dan jenis tauhu begedil tersebut.

Setiap hari pukul 2.30 petang dah ada situ

Menurut Adreana semasa dihubungi, nenek ini menjadi agen jirannya yang membuat makanan ini. Nenek ini tinggal di Bangsar dan sanggup datang ke Taman Melati untuk mencari rezeki.

Nenek tu baik sangat …

I think the number near the banner is not nenek tu punya because I already ask brother yang meniaga dadih dekat situ, he said that nenek never took out a mobile phone, maybe nenek ni just supplier. Btw korang datang lah beli tauhu tu takpun korang sedekah duit dekat nenek tu.

Jadi, kita sama-samalah membantu agar nenek ini diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki halal ini.

 

Sumber: Adreana AzreenĀ 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang