Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 21 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini, Termasuk 16 Kes Jangkitan Tempatan

PUTRAJAYA, 24 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 21 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 kini meningkat ke 8,861 kes.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 161 kes.

Selain itu, hanya tiga (3) kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka sembuh keseluruhan berjumlah 8,577 kes.

Tiada kematian terkini dilaporkan, angka kekal 123 kes.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'