Siakap Keli
masjid hagia sophia
Kredit: Google/Twitter

(Video) Umat Islam Penuhi Perkarangan Masjid, ‘Live’ Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia

Istanbul, 24 Julai – Hari ini merupakan tarikh bersejarah selepas 86 tahun apabila muzium Hagia Sophia kini dibuka untuk ibadah.

Menurut BBC, orang ramai mula berkumpul di tapak bersejarah itu untuk solat Jumaat buat kali pertama selepas kerajaan Turki membenarkan penukaran bangunan itu kepada masjid.

“Penganut Islam teruja, semua ingin berada ke pembukaannya,” kata Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya semalam.

Bangunan berusia 1500 tahun itu telah dijadikan bangunan warisan UNESCO World Heritage sejak 1934.

Kira-kira 1,000 jemaah hadir dan melalui pemeriksaan keselamatan untuk menunaikan solat Jumaat di sana.

Sumber: BBC, Recep Tayyip Erdogan, Middle East Eye, Euro News

Amira

Love yourself.