Siakap Keli

Warga Asing, Rayhan Kabir Yang Diburu Jabatan Imigresen Malaysia Sudah Ditahan Hari Ini

PUTRAJAYA, 24 Julai – Lelaki warganegara Bangladesh, Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia ditahan hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Farid Alatrash Wahid yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama TV berkata, lelaki yang berusia 25 tahun dan diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu ditahan agensi terbabit dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 6 petang tadi.

Rayhan sebelum ini telah mencetuskan kontroversi melalui siaran dokumentari media antarabangsa, Aljazeera, mendakwa kerajaan berlaku zalim dalam melayan PATI.

Atas kenyataan didakwa berbaur fitnah dalam dokumentari ‘Lock Up in Malaysia’s Lockdown’ itu, dia diburu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara, BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.