Siakap Keli

Bajet Hanya RM 5.5k, Wanita Kongsi Cara Buat Pergola Untuk Bersantai Siap Ada Tempat BBQ

Siapa sahaja tak nak rumah yang dihias cantik, tambah lagi jika ada ruangan untuk ahli keluarga bersantai dan menikmati suasana tenang di dalam rumah. Jika anda memiliki rumah yang memiliki laman sendiri, ia merupakan salah satu kelebihan untuk anda mendapatkan ruangan istirehat diluar rumah.

Jika anda nak tahu selain gazebo, pergola juga salah satu pilihan yang sangat sesuai dibina pada kawasan yang terhad malah dengan reka bentuk yang lebih moden pada zaman ini, pergola boleh didapati dengan reka bentuk yang minimalistik dan tidak memakan banyak ruang.

Seorang pengguna laman Facebook dari Group Kelab Dekorasi Ikea Malaysia berkongsikan projek pembinaan pergola di laman rumahnya yang sesuai menjadi tempat santai dan istirehat untuk seluruh keluarga. Ikut perkongsian beliau.

Salam KDIM,

Saya kongsikan projek pergola laman rumah kami.

Stage pertama: Pasang rumput artifical 4 tahun lepas. Buat untuk seluruh laman dalam RM 5500 (tahun 2016). Bawah tu tanah, jadi pasang rumput atas tanah. Ramai tanya berbau ke tak, takde bau langsung sebab air menyerap masuk ke tanah. Jadi air tak bertakung.

Stage kedua: Pasang pergola seperti proses dalam gambar.

Baca captions untuk perinciang.

Ig: eladeko

Mula-mula draft design pergola. Lebar 10 kaki. Panjang 14 kaki. Kemudian survey orang awning harga untuk keluasan 10×14 kaki

Flooring pasang sendiri saja, beli di Ikea nama Runnen. Saya terinspirasa dari group KKDIM ini juga, ada nampak ahli group post. 

Ni harga flooring Ikea. Laman kami pakai dalam 10 set.

Orang awning datang pasang. Untuk 14×10 kaki, kontraktor ini bagi harga RM 4500 (Selangor). Saya dah hubungi 8 kontraktor ada yang bagi harga sampai RM 19 ribu. Jadi saya teruskan dengan yang ini.

Pemasangan awning makan masa 3 hari.

Dah siap pasang awning dan lantai kita letak perabot dan hiasan sedikit. Pasang langsir sheer dari Ikea RM 16 untuk dua helai.

Alhamdulillah, tambah perabot outdoor dah sampai. Perabot outdoor beli di Shopee sahaja.

Lampu laman pun beli dekat Shopee.

Lihatlah hasil projek pergola laman Puan Nurlaila ini. Walaupun memakan bajet yang agak tinggi, tetapi hasilnya sangat berpuas hati. Siap ada tempat untuk BBQ lagi.

Sumber: Nurlailah Khadijah

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.