Siakap Keli
Kredit: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

(Video) Basuh Tangan Dengan Cuka & Amalkan Penjarakan Sosial, Filem Tahun 1968 Kongsi Cara Ibnu Sina Banteras Pandemik

Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) membasmi COVID-19 dengan mesej kesihatan seperti mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan menepati saranan Ibnu Sina.

Menerusi satu perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, beliau berkongsi potongan sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina mengatasi pandemik.

Dalam filem itu, jelas mesej disarankan tokoh perubatan Islam itu supaya orang ramai mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala.

Malah, beliau berpesan untuk menutupi tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar buat sementara waktu serta mengingatkan orang ramai membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.

Hal ini selari dengan amalan yang disarankan KKM iaitu mengamalkan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter, memakai penutup muka dan sering menggunakan pembasmi kuman.

“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip Kesihatan Awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

“Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.

Sumber: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.