Siakap Keli

Menyentuh Hati, Tukang Sapu Ini ‘Luah’ Rasa Rindu Terhadap Isteri Melalui Bentuk ‘Love’ Dari Daun Kering

Sebuah foto yang memaparkan seorang pekerja pembersihan di Dubai menyusun timbunan daun pokok yang gugur sehingga menjadi bentuk hati telah tular di media sosial.

Foto yang dikongsikan melalui portal Lovin Dubai sahaja berjaya mendapat tanda suka sebanyak lebih daripada 14,000 kali. Dan kini, subjek pada gambar tersebut, serta apa yang dia rasakan pada hari gambar itu ditangkap didedahkan.

Sejak gambar itu tersebar, Ramesh Gangarajam Gandi (pekerja pembersihan dalam gambar) telah ditemui dan telah dihadiahkan dengan sedikit token daripada Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai.

Menurut Lovin Dubai, Ramesh Gangarajam Gandi, 30, yang bekerja sebagai petugas pembersihan menyatakan bahawa, pada ketika gambar itu diambil, dia sedang memikirkan tentang rumahnya. Dia sedang memikirkan berkenaan apa yang keluarganya sedang buat, bagaimana keadaan mereka, namun yang paling difikirkan sekali adalah, kerinduan terhadap isterinya, lapor media tempatan.

Selepas berkahwin pada tahun 2019, dia hanya sempat menghabiskan masa selama sebulan sahaja bersama isterinya sebelum terpaksa berpindah ke Dubai. Katanya, dia gembira dengan pekerjaannya sekarang dan kehidupannya di Dubai, namun disebabkan Covid-19, dia mengalami kesukaran untuk balik ke kampung halaman dan pangkuan keluarganya.

Sejak ceritanya menjadi tajuk utama, Gandi telah diberikan sedikit hadiah daripada Kementerian Pembangunan Komuniti Dubai untuk membantu meringankan bebannya.

Sumber: Love Dubai

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa