Siakap Keli
Gambar:BERNAMA/KKM

TERKINI: 13 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,612 bersamaan 96.2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,612 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Menerusi kenyataan itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 8,956 kes.

Daripada jumlah kes tersebut, 8 kes adalah kes import dan 5 kes adalah  penularan di dalam negara.

Sehingga 29 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,956 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 220 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Tambah kenyataan itu lagi, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 124 kes bersamaan dengan 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa