Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Gambar) Foto Katak Tanpa Rasa Takut ‘Tenung’ Harimau Tarik Perhatian, Siap Panjat Badan ‘Si Belang’

Gelagat seekor katak yang merenung mata seekor harimau ketika si ‘raja rimba’ itu tumpang tidur di kawasan katak tersebut berjaya dirakam seorang jurugambar di India.

Aditya Singh, 54, berjaya merakamkan detik yang boleh digambarkan sebagai luar biasa itu di Ranthambhore National Park in Rajasthan, India.

Menurut Daily Mail, harimau tersebut bersantai-santai di kolam yang dipenuhi katak itu untuk menyejukkan badannya.

Namun tidak lama kemudian, ia telah didatangi oleh seekor katak yang berukuran 3 inci, yang kemudiannya secara beraninya memanjat badan harimau tersebut.a

“Harimau berkenaan tidak kisah pun keberadaan katak terbabit. Disebabkan ia tidak dapat menghalaunya, harimau tersebut memilih untuk tidak menghiraukannya,” ujar jurugambar itu.

Gambar yang menakjubkan itu berjaya menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa