Siakap Keli
Kredit: Mohd Kharbi

“Kenapa Nak Bayar, Ni Bukan Kedai”, Lelaki Pesan Nasi Dagang, Dah Kenyang Makan & Nak Bayar, Baru Tahu Rupanya ‘Singgah’ Rumah Orang

Jauh perjalanan banyak pengalaman. Bagi pengembara dua roda, Mohd Kharbi yang sering berbasikal merantau ke pelosok dunia, pastinya banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dikongsikan ke anak cucunya nanti. Ada yang pahit, manis dan tak kurang pula ada yang mencuit hati.

Baru-baru ini, beliau berkongsi kisah melucukan di mana dia telah tersilap masuk ke rumah orang yang disangkakan sebuah kedai makan.

Semuanya kerana terlalu penat dan lapar setelah mengayuh lebih 70 kilometer dalam keadaan perut kosong. Jom baca perkongsiannya.

“Mulanya ingatkan kedai, bila nak balik, tanya berapa ringgit. “Kenapa nak bayarnya, bukannya kedai.”

“Adoii, tak malunya pagi-pagi makan kat rumah orang.”

Makcik siap sendukkan lagi, memang layanan macam kat kedai

Tambah Mohd Kharbi, dia menyangka rumah itu merupakan kedai makan gara-gara susunannya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.

Lebih memalukan, wanita warga emas di situ siap menyendukkan nasi buatnya. Betul-betul macam layanan di kedai.

Sumber: Mohd Kharbi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.