Siakap Keli

TERKINI: Perincian 9 Kes Baharu, Kluster PUI Sivagangga Di Kedah Catat Pertambahan 1 Kes

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan (9) kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, tujuh (7) daripadanya adalah kes import melibatkan lima (5) warganegara dan dua (2) bukan warganegara.

“Kes import tersebut adalah dari India, dua (2) kes di Selangor; Emiriah Arab Bersatu, satu (1) kes di Selangor; Jepun, satu (1) kes di Selangor; Switzerland, satu (1) kes di Selangor; Filipina, satu (1) kes di Perak dan Pakistan, satu (1) kes di Perak,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, bagi dua (2) kes penularan dalam negara pula, satu (1) kes melibatkan warganeagara dan satu (1) kes lagi daripada kalangan bukan warganegara.

“Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara (1 kes) adalah di Kedah. Kes tersebut adalah daripada Kluster PUI Sivagangga.

“Bagi kes jangkitan dalam negara (1 kes) bukan warganegara pula adalah di Selangor, kes tersebut adalah daripada Kluster Bukit Tiram,” tambahnya lagi.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.