Siakap Keli
Kredit: Google

Kes Positif COVID-19 Seluruh Dunia Kini Lebih 17 Juta, WHO Percaya Impak Bakal Dirasai Berdekad Lamanya

Kes koronavirus COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.77 juta sejak penularan bermula.

Menurut data John Hopkins University, sebanyak tiga negara mencatatkan lebih satu juta kes iaitu Amerika Syarikat (4.6 juta), Brazil (2.7 juta) dan India (1.7 juta).

Sebanyak 682,931 kematian telah dicatatkan secara global dengan angka tertinggi melibatkan negara AS (154,320), Brazil (93,563) dan Mexico (46,688).

Negara permulaan penularan wabak, China pula mencatatkan 1,453 kes pada minggu lalu dengan 11 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan semalam berkata, kesan COVID-19 akan dirasai sehingga berdekad lamanya.

“Pandemik ini merupakan krisis kesihatan sekali dalam seabad. Kesannya akan dapat dirasai berdekad akan datang,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom.

“Banyak negara yang percaya mereka telah melepasi fasa terburuk kini bergelut dengan penularan baru.

“Beberapa negara yang kurang terkesan pada minggu-minggu terawal kini menunjukkan peningkatan kes dan kematian manakala negara yang mengalami penularan besar mula terkawal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sumber: John Hopkins University, WHO

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.