Siakap Keli

8 Kluster Aktif Yang Berpunca Dari Kes Import Yang Tidak Mematuhi Perintah Kuarantin Di Rumah

Selain Kluster PUI Sivagangga, terdapat juga kluster-kluster aktif lain yang didapati berpunca daripada kes import yang tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sejak ianya mula dilaksanakan pada 10 Jun 2020.

Hal ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui sidang media perkembangan situasi Covid-19 yang bersiaran langsung sebentar tadi.

Senarai kluster aktif yang berpunca daripada penularan kes Covid-19 dan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah.

  1. Kluster PUI Novgorod
  2. Kluster Elsa
  3. Kluster PUI Pitakwa
  4. Kluster PUI Melbourne
  5. Kluster PUI Ramnad
  6. Kluster PUI Al Khobar
  7. Kluster PUI Shirala
  8. Kluster Sivagangga

Kes indeks Kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemilik kedai makan yang telah pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO). Namun demikian, beliau didapati tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut.

Ketidakpatuhan ini telah menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 yang meluas dalam kluster ini. Penularan ini telah dikenalpasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Kerajaan.

Namun begitu, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri turut menghadapi beberapa cabaran dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat. Ini kerana kedai makan yang terbabit didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera mahupun merekod kehadiran serta suhu badan pelanggan-pelanggan di kedai makan ini.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang