KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Sebuah kren model Kobelco seberat 26 tan dilaporkan terbalik di satu kawasan projek SUKE, berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras hari ini.
Komander Operasi Kanan, PKPgB Imam Bukhari Susami berkata, tragedi tersebut menyebabkan seorang mangsa, lelaki tempatan berusia 28 tahun terperangkap dan tersepit di bawah kren tersebut.
“Pada pukul 9.50 pagi, mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa mengalami patah di bahagian kaki kiri.
“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL), hari ini.
Sebelum itu, PGOKL menerima panggilan kecemasan melalui talian MER999 pada pukul 7.54 pagi tadi, sebelum jentera penyelamat dihantar ke tempat kejadian.
Anggota dan jentera yang dikerahkan adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras serta jentera bantuan dari BBP Bandar Tun Razak, melibatkan dua (2) jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu (1) RRV dan satu (1) EMRS beserta 21 anggota.



Seorang lelaki cedera selepas terperangkap dan tersepit di bawah kren yang terbalik di Projek SUKE, berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, KL awal pagi tadi.
Posted by Bernama TV on Tuesday, August 4, 2020
Sumber: BERNAMA TV