Siakap Keli

(Video) Cermin Pecah Berkecai, Detik Mendebarkan Impak Letupan ‘Hentam’ Kereta

Letupan besar yang berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 nyawa dan mencederakan hampir 4,000 orang.

Sebuah rakaman yang memaparkan insiden letupan tersebut daripada sudut pandangan sebuah kereta yang melalui sebuah jalan berhampiran pelabuhan berkenaan telah menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 22 saat itu bermula dengan pemandu kereta itu merakam kepulan asap sebelum ianya menjadi satu letupan besar yang amat dahsyat.

Semasa letupan itu berlaku, impak yang diterima hasil daripada letupan tersebut dapat dilihat dengan jelas pada kereta berkenaan.

Cermin bahagian sisi, depan serta cermin tengah yang terdapat pada bahagian dalam kereta tersebut rosak sama sekali.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan atau pun tidak.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta oleh warganet.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa