Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini, banyak negara yang telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan daripada terus menular.
Ianya termasuklah Malaysia. Bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.
Sekiranya pihak berkuasa mendapati bahawa ada yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka itu, mereka boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang ingkar.
Pun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka. Seperti yang dikongsikan oleh seorang guru bernama fazri_hassan ini, dirinya terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia. pic.twitter.com/5LQevPvKAm
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Apabila tanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas 2-3 hari pakai. Apa apa pun, ini sekadar kisah murid saya tapi mngkin juga boleh terjadi dgn murid murid cikgu yg lain. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin untuk mereka. #jomspotcheck #ayuhprihatin
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Dah tukar pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan kat kelas. pic.twitter.com/h0bxB3v2pm
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Apabila tekan filter edit kat twitter..jadi begini rupa dia…asheramm 🤢🤢 pic.twitter.com/vXrNyqExPd
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Sumber: fazri_hassan