Siakap Keli
Gambar: Polis Diraja Malaysia

Nak Pastikan Pengguna Jalan Raya Selamat, Anggota Trafik Bersihkan Sisa-Sisa Tanah Bertaburan Terima Pujian Ramai

Seperti yang kita ketahui, anggota polis bukan sahaja menjaga keamanan negara malahan tugas mereka juga turut merangkumi menjaga keselamatan masyarakat dari semua aspek.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia, anggota polis yang prihatin akan keselamatan orang ramai melalui sebuah jalan sanggup mengambil inisiatif sendiri mengalihkan sisa tanah yang bertaburan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:

Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, anggota polis trafik mengambil inisiatif membersihkan sisa-sisa tanah yang bertaburan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mungkin pada hari ini kita menolong orang lain, namun pada saat kita memerlukan bantuan, orang lain pula barangkali yang tidak dikenali akan menghulurkan tangan menawarkan pertolongan pada kita. Sungguh hebat ganjaran jika kita saling bantu-membantu. Syabas!

Menjengah ke ruangan komen, warganet nampaknya memberikan komen-komen positif memuji tindakan anggota polis tersebut.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa