Siakap Keli

Selain Pitbull, Ini Senarai Lain Anjing Jenis Baka Terhad & Baka Dilarang Import Rakyat Malaysia Kena Tahu

Baru-baru ini negara dihangatkan dengan isu seorang wanita di Melaka yang diserang anjing ganas belaan seorang penduduk di perumahan itu.

Serangan tersebut mengakibatkan dirinya tercedera di beberapa anggota termasuk tangan dan kaki.

Difahamkan, anjing ganas tersebut yang dipercayai daripada baka Pitbull terlepas kerana pagar rumah tuannya tidak ditutup.

BACA: Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah

Meskipun wanita tersebut sudah menjalani rawatan, namun anjing itu pula kini sedang ‘ditahan’ di Jabatan Veterinar Negeri Melaka.

Sementara itu, tuannya masih lagi diam menyepi sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada topik berkenaan baka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar baru-baru ini berkongsi satu penjelasan mengenai jenis baka anjing yang terhad dan dilarang dibela di negara ini.

Mari ikuti penjelasannya di bawah ini.

Anjing Baka Terlarang & Baka Terhad

Hari ini admin nak kongsikan berkaitan baka Anjing Terlarang dan baka Anjing Terhad.

Anjing Terlarang adalah anjing yang dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik.

Anjing Terhad pula adalah anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalankan tugas – tugas tertentu seperti anjing tentera, polis, kastam atau pengawal.

Haiwan ini bertindak berdasarkan arahan tertentu.

Segelintir daripada baka ini tidak dilatih tetapi bersifat semulajadi menurut kata serta setia kepada arahan pemilik.

Justeru itu, anjing dalam kategori ini tidak dipelihara sebagai haiwan kesayangan tetapi untuk mengawal harta (persendirian atau individu) iaitu anjing tugasan (working dogs).

Bolehkah ia diimport?

Ada yang tanya admin, anjing baka terlarang dan anjing baka terhad ini boleh dibawa masuk ke Malaysia ke? (import)

Untuk anjing baka terlarang memang tak boleh sama sekali!

Bagi baka terhad boleh, namun ada syarat – syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Boleh rujuk Panduan Bagi Pengimportan Haiwan Kesayangan ke Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malysia (MAQIS).

MAQIS ada nyatakan syarat – syarat bagi kelulusan pengimportan anjing baka terhad untuk rujukan kalian semua.

Sumber: Buku Panduan Baka – Baka Anjing Terhad dan Terlarang di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Laman sesawang MAQIS

#dvsmalaysia
#dvsawesome

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.