Siakap Keli

“Tolong Kami, Bantu Kami”, Stok Berkurang, KKM Minta Pemilik Darah A & B Segera Menderma

KUALA LUMPUR – Penderma darah jenis A dan B diminta tampil segera berikutan stok bekalan darah didapati semakin berkurangan, umum Pusat Darah Negara (PDN), hari ini.

Menurut kenyataan PDN, penderma boleh menderma melalui tiga (3) lokasi derma darah di ibu negara seperti yang dinyatakan di bawah.

“Bagi Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, waktu beroperasi untuk Isnin hingga Jumaat adalah dari 7.30 pagi hingga 8 malam, manakala Sabtu dan Ahad pula dari 8 pagi hingga 6 petang.

“Selain itu, di Midvalley Donation Suite, Midvalley Megamall pula, waktu operasi dari Isnin hingga Ahad, bermula 10 pagi hingga 6 petang.

“Manakala bagi Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya, waktu beroperasi dari Isnin hingga Ahad, bermula 10 pagi hingga 6 petang,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Orang awam juga boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan PDN melalui pautan http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v.

 

TOLONG KAMI…. BANTU KAMI….

PENDERMA DARAH A DAN B DIKEHENDAKI DENGAN KADAR SEGERA.

Kami kepada penderma darah budiman untuk tampil menderma darah dengan kadar yang segera di Pusat Darah Negara atau tabung darah berdekatan.

Dengan situasi Covid 19 yang melanda negara sekarang, stok darah semakin berkurangan. Pendermaan darah berkala penting bagi menampung keperluan darah setiap hari. Jalankan tanggungjawab sosial anda bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara melalui pautan berikut:
http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v

ATAU

Anda boleh terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti berikut:
1.Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
– Isnin-Jumaat: 7.30 pagi – 8.00 malam
– Sabtu-Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang

2.Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan
Waktu operasi:
– Isnin – Ahad : 10.00 pagi – 9.00 malam

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya
Waktu operasi:
– Isnin – Ahad: 10.00 pagi – 6.00 petang

#kitajagakita
#jomdermadarah
#datangdermadanteruspulang
#unitpemasaranpdn

Sumber: Pusat Darah Negara KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.