Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Jumlah Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 20 Juta

Moscow: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi 20 juta, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan data Johns Hopkins University.

Kes seluruh dunia kini berjumlah 20,001,019 pada 23:54 GMT Isnin, dengan 733,897 kematian dan 12,200,847 kes pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Menurut WHO, jumlah korban global sudah melebihi 728,000 orang dengan jumlah kes di seluruh dunia melebihi 19.7 juta.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.