Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI COVID-19: 15 Kes Baru Hari Ini, 14 Daripadanya Warga Tempatan

Putrajaya, 13 Ogos – Sebanyak 15 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini melibatkan 14 warga tempatan dan satu bukan warga negara.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 183 kes.

“Sehingga 13 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,129 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Empat kes dariapda 15 kes baru ini merupakan kes import melibatkan warga negara Malaysia yang terdiri daripada pelajar yang pulang dari Indonesia dan Yaman.

11 kes dalam negara melibatkan 10 warga negara Malaysia manakala satu kes melibatkan bukan warga negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sebanyak 4 kes telah disahkan pulih COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,821 kes (96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Tiada kematian baru dicatatkan hari ini.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.