Siakap Keli

Tips Tanam Pucuk Kesum Untuk Orang Yang Tinggal Di Bandar, Mudah & Murah Tak Perlu Beli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je yang tak suka makan lauk asam pedas? Kalau datang ke Melaka, pasti lauk ini yang akan dicari dulu. Sama ada asam pedas ikan pari, asam pedas daging tetel atau asam pedas telur ikan.

Bagi siapa yang selalu makan lauk asam pedas, mesti sudah tahu salah satu ‘komponen’ wajib yang ada dalam lauk ini adalah daun kesum.

Kalau yang jenis orang kampung atau memang menetap di kampung, amat mudahlah nak masak asam pedas sendiri sebab boleh saja kutip daun kesum di tepi-tepi longkang atau parit.

Tapi bagi yang jenis tinggal di bandar? nak kutip di mana ye? Takkan setiap kali masak, nak kena pergi pasar pulak kan? Dah banyak hal pula.

Jadi, macamana caranya bagi orang yang tinggal di bandar mahupun rumah yang tiada kawasan tanah lapang untuk tanam daun kesum sendiri?

Mari ikuti tips tanam daun kesum seperti yang dikongsikan oleh warga Twitter Petani Kampung seperti di bawah ini.

Kalau orang kampung macam aku ni, daun kesum ni selalu tumbuh meliar tepi sungai atau parit je. Mak mak atau anak dara kalau nak masak asam pedas, petik tepi parit je.

Tapi parit bandar tu entah sampah mende yang lalu, takkan nak tumbuh kat situ? Jadi ini caranya nak tanam.

Gambar: Petani Kampung

Daun kesum ni suka kat kawasan lembab macam tepi sungai atau parit. Jadi kau perlu bekas yang boleh menakung air. Contohnya, pasu plastik macam ni.

Gambar: Petani Kampung

Tebuk lubang pasu dalam jarak dua inci atau lima sentimeter macam ni. Tujuannya ada air mengalir bila kau siram pokok ni.

Kalau tak, air akan bertakung dalam ni dan tak memasal kau biak nyamuk Aedes je.

Gambar: Petani Kampung

Liar, tak manja & senang jaga

Daun kesum ni pokok spesis ‘punk rock’. Dia jenis hidup liar tanpa belaian manja kasih sayang. Jadi kalau kau ni jenis sibuk bekerja dan jarang tengok kebun, tanaman ni sesuai untuk kau tanam.

Dia tak kisah tanah apa pun, tapi seeloknya kau pakai tanah hitam macam ni.

Gambar: Petani Kampung

Cara tanam sangat mudah

Cara tanam daun kesum ni, kau kerat batang daun kesum yang kau beli kat pasar tu, lepas tu kau rendam dalam air macam gambar ni.

Letak dekat dengan cahaya matahari tapi jangan terlalu direct. Port paling mudah, tingkap dapur. Bila dah keluar daun, kau letak la kat pasu.

Gambar: Petani Kampung

Lepas tu dalam beberapa minggu dia akan merimbunlah, dengan syarat kau jaga air. Kau nak masak asam pedas ke, laksa utara ke, patin tempoyak ke, masakan Vietnam ke, daun kesum banyak main peranan.

Tak payahlah kau mengeluh harga daun kesum kat AEON Big seikat dua ringgit.

Gambar: Petani Kampung

Musuh daun kesum

Tapi ada satu masalah daun kesum ni. Daun kesum ni suka dimakan oleh belalang. Belalang ni cara kau nak halau, kau pakai air campur sabun cuci pinggan, bawang putih, minyak masak dan serbuk lada hitam. Kena mata belalang, berpinar mata dia.

Gambar: Petani Kampung

Cara nak bagi daun kesum sihat

Untuk menggemukkan daun kesum kau jadi segar-bugar, kau letak la baja tahi ayam macam biasa. Tapi daun kesum ni dia jenis ‘punk rock’, jadi dia tak peduli sangat kau letak baja banyak ke tak.

Insya-Allah lepas ni instead kau mengeluh daun kesum mahal, kau pulak jual daun kesum.

Gambar: Petani Kampung

Sumber: Petani Kampung

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.